DEVELOPMENTAL DELAY

Assalamualaikum khas buat pembaca IOTC.

Developmental Delay, Perkembangan lewat kanak kanak merupakan satu daripada kategori kanak kanak berkeperluan khas. Sebelum pergi lebih jauh, apa itu kanak kanak berkeperluan khas ? Mari kita lihat diagram daripada Slideshare.net yang dikongsikan oleh Karen So YongFen, bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia ;-

Dan, hari ini, IOTC akan membincangkan tentang perkembangan lewat kanak kanak :- developmental delay.

Developmental delay ;- perkembangan kanak kanak yang tidak mengikut peringkat umur (milestone) secara normal. Kebiasaannya boleh dikenal pasti di awal peringkat perkembangn;- yang dipanggil early development. Doktor akan diagnos dengan istilah Global Developmental Delay (GDD).

Seseorang kanak kanak yang didiagnos sebagai GDD kebiasaaannya akan mengalami kelewatan dalam 2 atau lebih domains perkembangan. Mengikut kajian, terdapat 5 perkembangaan utama yang akan dilalui mengikut peringkat umur. :-

(1) motor kasar/ halus ( gross/ fine motor )

(2) percakapan ( speech/langguage )

(3) kognitif ( Cognition )

(4) Aktiviti harian ( Activities daily living : ADL ).

(5) Sosial 

Pasti ramai diluar sana tertanya tanya punca GDD ini. Namun, sehingga kini, punca GDD ,masih tidak dapat disahkan tapi kelahiran pramatang adalah salah satu yang boleh dikatakan punca kepada GDD. 

Early intervention sangat penting untuk anak-anak GDD ini. Pendedahan awal pada terapi fisio, terapi carakerja, terapi hidro dan lain-lain sangat berguna untuk anak-anak ini.

Sekiranya ada antara ibu bapa yang mencari cari pusat terapi khas untuk kanak kanak GDD, bolehlah datang untuk membuat temu janji di IOTC. Early screening ( Denver II ) akan dilakukan bagi mengenal pasti tahap kelewatan anak anda dan seterusnya melakukan intervention ( rawatan ) yang bersesuaian. Ingat, tidak semua kanak kanak mengalami perkembangan lewat yang sama tahap. Oleh itu, rawatan yang akan diberikan juga berbeza bagi setiap kanak kanak. Kebiasaannya, jurupulih carakerja / terapis akan menekankan sensory diet khas untuk kanak kanak yang lewat perkembangan. Entri sensory diet akan di update dengan lebih detail lagi. 

Untuk lebih lanjut, atau apa apa pertanyaan, boleh terus berhubung dengan kami, pihak IOTC.

Semoga entri ini dapat memberi sedikit info kepada ibu bapa diluar sana.