DIY HOME ACTIVITIES

Bismillahnirahmanirahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca IOTC blog . Pejam celik pejam celik, rupanya kita dah masuk minggu kedua untuk bulan Disember tahun 2015. Dimana, waktu ini, merupakan waktu cuti persekolahan bagi anak-anak. Jadi, apa aktiviti anak anda sepanjang cuti sekolah ini ? Entri IOTC pada minggu ini memberi idea kepada ibu bapa tentang apa itu art therapy dengan lebih mudah.

Mungkin ramai anak anak diluar sana mengisi masa cuti mereka dengan kegiatan yang pasif. Maksud pasif disini ialah aktiviti yang kurang atau tidak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Contoh paling mudah ialah menonton televisyen sehingga lewat malam dan keesokannya mereka akan lewat bangun. Akhirnya, aktiviti ini menjadi satu kebiasaan dan juga rutin. Jika dikaji, aktiviti anak anak pada masa kini berbeza dengan zaman dahulu. Faktor utama fenomena ini mungkin disebabkan kecanggihan teknologi ( gajet ) seiring dengan pengedaran zaman.

Solusi untuk fenomena ini masih lagi boleh dibendnug. Ibu bapa sebenarnya berperanan besar dalam membantu proses perkembangan kanak-kanak. InshaAllah, entri tentang perkembangan kanak-kanak akan dipost untuk memberi pengetahuan kepada pembaca IOTC blog.

ART THERAPY – ( Terapi Seni ) merupakan satu teknik yang digunakan oleh jurupulih carakerja. Art Therapy merupakan cara ( intervention ) yang sangat berkesan untuk kanak-kanak yang mungkin melalui masa perkembangan yang sukar : –

(i) kesukaran dalam belajar ( Learning Difficulties, LD ),

(ii) Tidak fokus (Attention deficit Hyperactive Disorder,ADHD )

(iii) tidak yakin ( low self esteem )

(iv) kemurungan ( depression )



-dll-

Konsep art therapy  :- Apa yang sukar untuk diterangkan melalui kata-kata, atau tidak mampu diceritakan dalam bahasa pertuturan, boleh dinyatakan melalui karya seni atau sandtray.

Kelebihan Art Therapy kepada kanak kanak  

( Art therapy intervention – goals )
1Sensory awareness and integration ( Mengaktifkan fungsi deria badan )



      Art therapy membantu kanak kanak yang mengalami masalah deria ( sensory issues )
Bagaimana mengesan kanak kanak yang mengalami masalah deria ini, yang
dikenali sebagai Sensory Processing Disorder ( SPD )Tanda tanda
yang boleh dikenalpasti :
– menunjukkan reaksi yang terlalu geli ( hypersensitivity) apabila menyentuh permukaan
yang berlainan.
– rimas apabila dipeluk

dll

 Contoh art therapy yang boleh dilakukan untuk masalah ini ialah ;-

          

Aktiviti Hand print

 

Sand therapy

 

Aktiviti kolaj

 

Terdapat banyak lagi aktivti yang boleh dilakukan sebenarnya, yang pasti art therapy ini merupakan satu aktiviti teraputik ( theraputic ). Aktiviti teraputik ini bermaksud aktiviti yang mempunyai harga ( value ) dari segi :-   – fokus ( attention dan concentration )
– sensory integration ( melancarkan proses deria tubuh )
– Pengkatifan motor halus ( fine motor :- picit, pegang, dll )

 

2. Problem solving skills

Membantu mengembangkan dan meningkatkan proses penyelesaian masalah. kanak kanak akan secara tidak langsung berfikir tentang warna yang akan dipilih, bagaimana untuk menampal dan menghasilkan apa yang difikirkan. Proses proses inilah yang membantu mereka dari segi :
– decision making (membuat pilihan bentuk, warna dll )
– logical thinking ( melukis berdasarkan konsep logik spt : buah, sayur, rumah dll )



  

3Exploring feelings ( meluahkan perasaan )

Mengekspresikan perasaan melalui hasil seni. 





Sebenarnya, banyak lagi nilai teraputik dalam art therapy. Mungkin ramai yang beranggapan art therapy hanya untuk kanak kanak yang mengalami masalah perkembangan atau pun proses deria. Tidak sama sekali. Art therapy adalah satu therapy yang boleh dijadikan rawatan ( intervention ) umum tidak kira umur. 

Oleh itu, tidak salah jika cuti persekolahan ini diisi dengan aktiviti yang membantu dalam proses perkembangan kanak kanak. Jika anda dapati anak anda mengalami tanda tanda masalah deria ( sensory issue ) bolehlah merujuk kepada pakar kanak-kanak dan juga occupational therapist.
InshaAllah, entri yang bertajuk Sensory Processing Disorder akan dipost pada minggu hadapan. Moga ilmu yang dikongsikan pada entri hari ini dapat membantu ibu bapa diluar sana memantau perkembangan anak anak.

Happy school holidays to all 🙂

Childhood is not a race to see who can read, write and count. Childhood is a small window of time to learn and develop at a pace that’s right for each individual child.